Kembali ke Halaman Utama

.

Kembali ke Halaman Utama Kamarika


 
   

Menu Utama

 

.

Pengenalan

.

Produk

.

Pakej Kursus

.

Mengenai Kami

.

Testimoni

.

Berita Semasa

.

Program Lalu

.

Hubungi Kami

 

 

 

Galeri

 

.

Galeri Gambar  Galeri Muzik  Galeri Video

  Gambar    Muzik   Video

 

 

 

Interaktif

 

 

 

Sertai Kami

 

.

 Friendster Tagged

.

 MySpace Facebook

.

 YouTube Blogspot

 

 
.

  Laporan Program - Majlis Ilmu 'Khalifah Cemerlang'.

 

 

 

Disediakan oleh: Kamari Kasan (Moderator Majlis Ilmu)

 

Majlis Ilmu bersama penceramah: Ustaz Dr. Uthman El-Muhammady (Tokoh Maal Hijrah).

 

Tajuk: Khalifah Cemerlang.

 

Tempat: Cruise Tasik Putrajaya.

 

Tarikh: 15 Sept. 2008.

 

 



Video; Ceramah oleh Ybhgia Ustaz Uthman El-Muhammady

Video; Ulasan Ceramah oleh Kamari Kasan

 

 

 

 Ulasan Ceramah - Pemimpin Cemerlang;

 Ulasan; Kamari Kasan (Moderator Majlis Ilmu)

 

 

Syukur dalam Tindakan (Syukur in Action)

Hendaklah pemimpin itu bertakwa dengan mengekspresi/menjelmakan rasa syukurnya dalam tindakan (bukan sahaja teori), seperti berzakat, bersedekah, menyumbang dan prihatin kepada orang terdekat seperti ibubapa. Hendaklah juga menjaga dan manyayangi ibubapa sebagaimana mereka menjaga dan memimpin kita semenjak kecil.

 

Universiti Ramadhan

Bersyukur kita berada di bulan Ramadhan, satu per dua belas (1/12) daripada umur kita di dalamnya ada Ramadhan, dan alangkah beruntung jika seseorang pemimpin itu memperoleh LailatulQadar.

 

Manusia itu Pedang, Dunia itu Batu Pengasah.

Manusia diibaratkan seperti pedang, dan ketajaman pedang itu mesti diasah dengan batu pengasah iaitu dunia. Jika manusia menganggap dunia sebagai tempat untuk bersenang-senangan, sia-sialah 'batu pengasah' yang tidak dimanfaatkan sebaiknya. Manusia tidak dilahirkan hanya untuk bersenang-senangan. Ujian terhadap 'pedang' selain dari 'batu pengasah', juga adalah 'api' atau cabaran-cabaran yang dihadapi.

 

'Api', 'Batu Pengasah' dan kawalan 'Si Pedang'

Di bulan mulia ini, hendaklah menjaga anggota tubuh & nafsu, seperti kawalan mata, kawalan telinga, kawalan kaki, kawalan seks, dsb. Melatih anggota supaya bersabar dan menahan anggota tubuh dari melakukan perkara yang merosakkan. Elak tangan dari melakukan perkara merosakkan seperti mencuri. Elakkan mata dari melihat perkara yang merosakkan seperti melihat benda yang tidak elok. Elak kaki dari melangkah ke tempat yang merosakkan.

 

Menjaga Kawasan

Pemimpin hendaklah peka dan sedar dengan persekitarannya. Tidak boleh pemimpin itu seorang yang makan rasuah/riba. Tidak boleh pemimpin itu seorang yang tidak dapat mengawal kesabaran. Maka hendaklah pemimpin itu menjaga kawasan dan orang yang dipimpinnya. Menjaga diri, menjaga rumah, menjaga masjid, menjaga pejabat, mahupun menjaga bot yang sedang dinaiki (ketika ceramah ini sedang berlangsung). Janganlah menebuk lubang pada bot ini, jika tidak, air akan masuk dan menenggelamkan bot. Ia diumpamakan seperti 'tenggelam dalam suasana'. Pemakan rasuah misalnya, menebuk diri dan menenggelamkan diri dengan rasuah di dalam dirinya. Hendaklah pemimpin itu waspada dan tidak tenggelam dalam suasana.

 

Beza manusia dengan haiwan.

Manusia akan berbeza dengan haiwan hanya apabila manusia memikirkan dengan aqal terhadap apa yang dilihatnya. Jika manusia melihat langit, haiwan juga melihat langit. Tiada apa bezanya manusia dengan haiwan jika manusia enggan menggunakan aqal fikiran untuk berfikir tentang langit yang dilihatnya. Maka dengan aqal fikiranlah manusia boleh menaakul dan memimpin diri. Kerana itulah mulianya keturunan Adam dikurniakan Allah dengan aqal, sehinggakan malaikat sujud memuliakannya.

 

Tugas Utama Khalifah/Pemimpin

Kemampuan mengurus, kemampuan mendapat ilmu.

Memudahkan tugas, urusan dan kerja untuk diri dan orang lain.

Membentuk kepakaran.

Tunduk kepada Tuhan, ikut perintahNya.

 

.

Kesimpulan

.

 

Marilah kita hidup di dalam Cinta. Doa Nabi yang bermaksud; "Ya Allah, kurniakan kepada aku rezki sayang kepada aku, sayang aku kepada Engkau, sayang aku kepada para Nabi, sayang aku kepada guru, sayang aku kepada ibubapa, dan sayang aku kepada semua insan..."

 

Pemimpin adalah menyelesaikan masalah, dan elakkan daripada melakukan kerosakan kerana lawan kepada penyelesai masalah ialah perosak atau pemusnah, dan watak itu tidak boleh menjadi pemimpin.

 

Sekitar ceramah Majlis Ilmu bersama YBhgia Ustaz Uthman El-Muhammady,

di Cruise Tasik Putrajaya pada 15 Sept. 2008 sempena Ramadhan 1429 Hijrah.

 

Peta Laman  |  Hubungi Kami  | Pertanyaan; perkasa@kamarika.com  |  Laman dibangunselia oleh AngahWeb Designer

Akademi Minda (Membina Generasi Agung) 2008 - 2009  |  Hakcipta Terpelihara

  Gunakan pelayar Internet Explorer untuk paparan terbaik laman ini