|
PROGRAM PERUBAHAN PARADIGMA:
MINDA DAN HATI (PARADIGM CHANGE: MIND & HEART) adalah
sebuah program pembangunan kepimpinan diri seluruh komuniti
secara strategik dengan menfokuskan kepada semua elemen
dalam aspek PEMETAAN ASET (ASSET MAPPING) di mana
semua kekuatan dan kecapaian dalam hidup mereka selama ini
dapat diperlihatkan dengan jelas samada apa-apa yang
berbentuk boleh diukur dan dilihat (tangible) atau
sebaliknya (intangible) yang mana kesemuanya itu juga akan
menyentuh kepada beberapa kepentingan, hasrat serta objektif
yang ditentukan.
ASSET MAPPING adalah merupakan sistem dan kaedah terkini
yang membolehkan seseorang itu mudah dan senang dipengaruhi
untuk mengiktiraf segala pencapaian dan kecapaian tahap
kehidupannya kini berbanding dahulu hasil dari segala usaha
pelbagai pihak khususnya FELDA.
Keupayaan dan kebolehan mencapai
tahap kesedaran demikian dalam menilai betapa pengorbanan
orang lain dan usaha pihak lain terhadap pembangunan dirinya
dan keluarganya akan memberi impak baru dan kesedaran baru
kepada peserta kelak.
Oxford Center for Leadership (OXCEL)
bertindak selaku penggerak dan pelaksana program di bawah
amanah FELDA ini menumpukan pengkhususan ASSET MAPPING di 3
kawasan Felda iaitu;
-
Felda Jengka 7
-
Felda Kota Gelanggi
-
Felda Sg. Tekam.
Para perunding Kamarika yang
terlibat secara langsung dalam program perintis ini antaranya ialah
Kamari Kasan, Pak Khairi, Mejar (B) Shuhaimi bin Shahidan, dan Datuk Hj. Rahim bin Abu.
Banyak program bermakna dan
mempunyai kesan mendalam akan dijalankan kepada seluruh
generasi dan warga FELDA yang terlibat khususnya dalam
membina sebuah paradigma minda yang bersifat futuristic
dan kuat dengan visi yang besar demi kemampanan komuniti.
Laman web program ini di alamat;
www.abcdfelda.com
|