Kembali ke Halaman Utama

.

Kembali ke Halaman Utama Kamarika


 
   

Menu Utama

 

.

Pengenalan

.

Produk

.

Pakej Kursus

.

Mengenai Kami

.

Testimoni

.

Berita Semasa

.

Program Lalu

.

Hubungi Kami

 

 

 

Galeri

 

.

Galeri Gambar  Galeri Muzik  Galeri Video

  Gambar    Muzik   Video

 

 

 

Interaktif

 

 

 

Sertai Kami

 

.

 Friendster Tagged

.

 MySpace Facebook

.

 YouTube Blogspot

 

 

.

Soal Jawab Teknologi Ilmu Kamarika

 

.

Soal Jawab ini akan mendedahkan kepada pembaca sekelian tentang pelbagai bentuk persoalan yang penting dalam membolehkan manusia berfikir menggunakan SISTEM TEKNOLOGI ILMU serta kepentingannya kepada manusia di alaf yang mencabar ini. Saya hanya memberikan jawapan kepada beberapa persoalan asas dan yang lainnya saya tinggalkan dengan barisan persoalan baru hanya untuk menggambarkan bahawa sistem Teknologi Ilmu ini sangat penting dan sangat berguna kepada semua manusia. Ia perlu diasuh sejak kecil lagi dan ia boleh dilakukan menerusi semua kegiatan set pembelajaran sedia ada sekarang. TEKNOLOGI ILMU ini juga telah diformulasikan sebegitu rupa untuk mencapai dasar dan falsafah pendidikan negara serta ianya mempunyai sistem kejuruteraan dan jaringan mekanisme yang menepati Ideologi Rukun Negara serta dasar Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

 

- Kamari Kasan.   .

 

 

 

 1.      APAKAH TEKNOLOGI ILMU?

 

TEKNOLOGI ILMU adalah enjin atau sistem/kaedah yang menolong manusia menterjemah segala fakta atau maklumat untuk bertukar menjadi ilmu.

 

 

 

2.      APAKAH DIA MAKLUMAT?

 

Maklumat adalah segala data dan dapatan asas yang diterima oleh manusia dari alam ini kedalam sistem pemikirannya. Data ini boleh berupa gambaran, angka, tulisan, keterangan, cerita, pengalaman peribadi, arahan, peraturan dan sebagainya. Pelajar belajar di sekolah adalah usaha mencari fakta dan maklumat. Pengalaman dirotan oleh guru juga adalah suatu data atau maklumat yang diterima. Kemalangan jalanraya juga adalah merupakan suatu maklumat.

 

Begitu juga dengan kemiskinan, penderitaan, kekecewaan, kejayaan, kecemerlangan, dan apajuga di dalam hidup ini semuanya adalah merupakan maklumat. Maklumat hanyalah merupakan suatu koleksi nota, buku-buku dan risalah hidup. Bila ia hanya setakat maklumat dan tidak ditukar menjadi ilmu, memilikinya hanyalah tidak ubah seumpama seekor kaldai yang sedang memikul begitu banyak buku.

 

 

3.      APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT?

 

Teknologi Maklumat adalah suatu sistem yang mampu memproses segala maklumat secara teratur, sistematik dan cepat.

 

 

 

4.      APAKAH MAKNA ILMU?

 

ILMU bermaksud apabila terjelmanya MAKNA atau ERTI dari sesuatu maklumat atau fakta yang diterima atau dialami.

 

 

 

5.      BAGAIMANAKAH SESUATU ITU BOLEH MEMBERI ERTI ATAU MAKNA KEPADA SESEORANG?

 

Setiap orang akan mempunyai matlamat serta cita-citanya yang tersendiri. Baik untuk dalam suatu jangka masa yang pendek atau dalam suatu jangka masa yang panjang. Sesuatu tindakannya itu selaras dengan segala kehendak dan naluri yang terbit dari cita-cita berkenaan. Sesuatu itu dikatakan boleh mencapai sesuatu makna atau erti ialah apabila ianya mencapai atau menuju kearah cita-cita atau matlamat berkenaan. Atau apabila ianya terjadi dan berlaku menyebabkan ianya menemui suatu matlamat baru dan   kejadian itu menuju kearah matlamat baru itu.

 

Itu juga akan menemukannya kepada apa yang disebut sebagai erti atau makna berkenaan. Soanya ialah bagaimanakah manusia boleh mempunyai hanya satu matlamat dan semua keperluan kehidupannya itu akan berada dan meniti di atas matlamat yang satu itu dan tidak perlulah ia menukar dan mempunyai suasana diri yang sentiasa mempunyai matlamat yang tidak tetap atau berubah-ubah ?

 

 

 

6.      APAKAH PERUMPAMAAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA MAKLUMAT DAN ILMU?

 

Maklumat boleh diumpamakan seperti batang-batang lilin atau pelita. Ilmu pula diumpamakan seperti cahaya yang muncul dari api yang dipasangkan kepada lilin itu. Lilin yang tidak dipasangkan apinya adalah seumpama maklumat yang tidak ditukar menjai ilmu. Maklumat yang tidak ditukar menjadi ilmu adalah suatu kutipan atau koleksi penghalaman yang tidak akan memberi apa-apa erti yang berguna.

 

Ia seumpama kelakuan seseorang yang mengumpul sebegitu banyak batang-batang lilin yang tidak dipasang apinya sedang dirinya sedang berada didalam kegelapan dan lilin atau pelita yang dimilikinya yang sebegitu banyak itu tidak langsung dapat memberi erti atau menolong dirinya dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini dengan begitu jaya, sempurna dan cemerlang.

 

 

 

7.      APAKAH YANG BOLEH DIFAHAMI DENGAN LEBIH MUDAH DIANTARA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI ILMU?

 

Teknologi Maklumat adalah seumpama mesin yang telah mengeluarkan lilin-lilin berkenaan. Teknologi Ilmu pula adalah merupakan mancis yang akan menyalakan lilin.

 

 

 

8.      APAKAH ANALOGI YANG BOLEH MENGGAMBARKAN TENTANG TEKNOLOGI ILMU DAN ILMU?

 

Jika Teknologi Ilmu itu adalah mancis yang dapat menyalakan api dari lilin (maklumat) berkenaan; maka cahaya yang terbit dari api yang memancar dan menerangi sekitarnya, dan dapat memandu serta menyuluh pencarian serta perjalanannya kehadapannya dengan penuh yakin; itulah yang disebut sebagai Ilmu. Ilmu adalah Nur atau cahaya yang menerangi alam ini.

 

 

 

9.       APAKAH KEGUNAAN ILMU?

 

Ilmu akan menolong manusia menjadi yakin. Ia membezakan keadaan dari gelap kepada keadaan yang terang. Di dalam gelap manusia menjadi takut dan bimbang atau was-was. Sebaliknya setelah menjadi terang manusia akan berubah menjadi yakin. Didalam perkaitan, hubungan dan gambaran tidak dapat dibina dan itu menjadiukan manusia sukar merasionalkan keadaannya. Sebaliknya apabila terang semuanya dapat dikaitkan, ada hubungan dan dapat dirasionalkan, dikala itu manusia menjadi tenteram  kerana ia tahu untuk melakukan segala penyesuaian   dirinya sendiri dengan selesa dan jelas.

 

 

 

10. GAMBARKAN BAGAIMANA SISTEM TEKNOLOGI ILMU ITU BERFUNGSI?

 

Manusia akan terdedah kepada apa juga bentuk maklumat di dunia ini. Allah telah mencipta segalanya dengan mempunyai maksud untuk memberi ujian dan nikmat. Maka ia akan merupakan sesuatu yang bersifat positif atau negatif kepada manusia. Semua maklumat itu adalah merupakan angkubah (variables) yang boleh bersifat negatif atau positif atau dalam istilah matematik nilai  angkubah X itu boleh bersifat positif atau negatif.

 

 

Peta Laman  |  Hubungi Kami  | Pertanyaan; perkasa@kamarika.com  |  Laman dibangunselia oleh AngahWeb Designer

Akademi Minda (Membina Generasi Agung) 2008 - 2009  |  Hakcipta Terpelihara

  Gunakan pelayar Mozilla Firefox untuk paparan terbaik laman ini