Kembali ke Halaman Utama

.

Kembali ke Halaman Utama Kamarika


 
   

Menu Utama

 

.

Pengenalan

.

Produk

.

Pakej Kursus

.

Mengenai Kami

.

Testimoni

.

Berita Semasa

.

Program Lalu

.

Hubungi Kami

 

 

 

Galeri

 

.

Galeri Gambar  Galeri Muzik  Galeri Video

  Gambar    Muzik   Video

 

 

 

Interaktif

 

 

 

Sertai Kami

 

.

 Friendster Tagged

.

 MySpace Facebook

.

 YouTube Blogspot

.

 Flixster Imeem

 

 

.

Organon Kamarika

 

 

 

  Kamarika - Kehendak kepada Kecemerlangan!

 

 

 Definisi

.

 

Apa itu Kamarika?

 

Kamarika bermaksud kehendak kepada kecemrelangan (Desire for Excellence).

 

Ia berasal dari dua istilah tua di dunia iaitu KAMA (bahasa Hindu Tua) yang bermaksud kehendak (Desire) dan RIKA pula diambil dari istilah Latin yang bermaksud cemerlang @ jaya (Excellence) - maka dengan itu, KAMARIKA bermaksud;

.

Kehendak kepada Kecemerlangan (Desire For Excellence!).

 

Kamarika bukanlah sebuah syarikat. Kamarika bukanlah hak milik seseorang individu tertentu. Kamarika telah lama wujud dan ia mendiami di dalam setiap diri insan (An-Nas). Mengapa hanya kepada insan? Kerana dengan izin Allah, insan/manusia ini dikurniakan Allah jiwa dan nafsu dengan dipandukan oleh kecerdikan akal, dan kesemua ini diterajui oleh kehendak yang bertempat di dalam setiap sel manusia. Sedangkan haiwan tidak dikurniakan akal fikiran.

 

Maka dengan Kamarika, manusia boleh berkehendak dengan berkehendakkan kepada sesuatu atau hasil yang cemerlang, indah, sempurna dan selamat.

 

 

Mengapa Kamarika?

 

Manusia penuh dengan kehendak. Dan kehendak ini dijana dalam sesebuah tugasan dan bidang kerja individu masing-masing, dan ia mesti diaturkan pada landasan yang betul. Sehubungan itu, adalah mulianya jika kehendak itu dijuruskan kepada kecemerlangan.

 

Kamarika adalah sistem dan proses dalam memperbetulkan dan merubah semula tingkahlaku (Behavior-Modification/Change) yang merugikan manusia, komuniti dan organisasi daripada tingkahlaku yang tidak selamat kepada tingkahlaku yang cermat, selamat, menguntungkan serta memberi banyak manfaat kepada diri manusia itu sendiri.

Dalam merentasi proses merubah dan memodifikasi tingkahlaku itu, pastinya terdapat ranjau, rintangan dan masalah yang perlu ditempuhi.

Klik untuk lihat imej besar

 Why Problem (Kenapa masalah);

 

Jawapan KAMARIKA ; kerana wujudnya Hukum Pengaturcaraan (maklumat lanjut mengenai Hukum Pengaturcaraan, sila baca mengenainya di bahagian bawah).

 

 

 

How to solve Problem (Bagaimana menyelesaikan masalah);

 

Jawapan KAMARIKA; dalam apa jenis profession, bidang, dan tugasan; setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan menguasai dan mengamalkan Teknologi Ilmu  (maklumat lanjut mengenai Teknologi Ilmu, sila baca mengenainya di bahagian bawah).

 

 

 

 Desire for Excellence!

.

 

Fenomena inilah yang membentuk sebuah struktur asas & hakiki pengaturcaraan sistem kejuruteraan Bio-Minda kemanusiaan. Ia juga merupakan brand dan spirit atau roh kepada segala usaha pembinaan dan perkembangan manusia sejak dari bayi.

.

 

Berbeza dengan istilah Motivasi, meskipun ia satu kata sifat dan perbuatan yang positif, tetapi ia hanyalah dapat diterangkan definisinya, manakala kandungan maksudnya kurang jelas dan tidak kukuh dari segi sokongan kajian & fakta.

.

Berbanding dengan Kamarika, ia bukanlah semata-mata gabungan dua istilah, tetapi kajian dan penemuan Kamarika adalah berpaksikan kepada ayat pertama yang diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w. dan terkandung juga di dalamnya organon-organon yang membentuk, menyokong dan menghujah istilah Kamarika itu tadi.

.

Apakah kecemerlangan yang paling cemerlang dalam hidup manusia? Manusia mempunyai matlamat dan bila tercapainya matlamat maka itulah kecemerlangan yang diharapkan.

.

Apakah matlamat yang terulung dan paling unggul dimahukan oleh manusia? Matlamat kecemerlangan yang paling cemerlang ialah keamanan pada diri dan keamanan pada alam. Ini juga adalah matlamat hakiki manusia yang selalu dilupakan.

.

Untuk mengamankan diri, manusia perlu mengamankan alam. Dari situ muncul industri dan pekerjaan.

.

Jadi manusia harus berusaha mencapai titik keamanan dalam pekerjaan dengan keuntungan maksima, mutu kerja terbaik sambil meminimakan kos dalam kehidupannya atau risiko dikurangkan.

.

Keamanan atau Damai yang abadi atau sedamai dan sebadi hidupnya di dalam syurga (sesebuah dunia tidak wujud masalah atau problemless world).

 

 

 

 

 

  Organon Kamarika

 

 

Organon adalah diambil dari perkataan asal 'organ' iaitu komponen-komponen 'machine' yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terbangunnya Kamarika adalah kerana organon-organon itu tadi.

.

Terdapat beberapa organon (mesin, alat, dan perkara) yang terkandung di dalam Kamarika. Organon utamanya ialah Hukum Pengaturcaraan dan Teknologi Ilmu.

 

Ia adalah perincian yang menjelaskan mengapa dan bagaimana matlamat dapat dicapai dengan terdorongnya manusia itu dalam mencapai kejayaan dengan mengguna, mengasimilasi, mengkoordinasi, dan menyatukan kesemua organon tersebut.

.

Buku 'Organon Kamarika' akan diterbitkan tidak lama lagi bagi memperinci dan menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya memahami dan mengamalkan Kamarika yang di dalam kehidupan.

.

Keterangan di bawah menjelaskan secara am mengenai organon yang terkandung di dalam Kamarika.

 

 

 

 Organon 1; Teknologi Ilmu

.

 

Ia disebut Teknologi Ilmu kerana ia merupakan suatu kaedah, alat, dan tatacara yang bersistematik untuk menukarkan maklumat (yang diperhati dan dialami dalam kehidupan manusia) supaya ianya menjadi ilmu.

.

Teknologi Ilmu adalah kaedah mengurus kehidupan yang berkesan dan terbaik kerana:

 

- .

Mampu mengubah-suai tingkahlaku (behaviour modification) daripada suatu tahap yang berisiko tinggi kepada kawasan yang selamat.

..

 .

- .

Mengaturkan penciptaan perubahan tingkah-laku tadi secara bertahap dan teratur serta mudah.

 

 

- .

Amalan kehidupannya itu berasaskan model tingkahlaku Neuro-Linguistic-Programming (NLP) dan Programming-Linguistic-Action-Neurologically (PLAN).

.

...lagi info

 

 

 Organon 2; Hukum Pengaturcaraan

.

 

Kehidupan semua manusia akan berlaku di atas aturcara yang telah dipilih & disusun oleh manusia itu sendiri dan semua kejadian yang berlaku atas apa juga yang mahu dilakukan oleh manusia itu (berdasarkan apa yang telah mereka aturcarakan/programkan itu) pasti boleh berlaku di atas kehendak dan kuasa Allah s.w.t. jua.

.

Menggunakan kata-kata lainnya: ....Kehidupan ini seumpama penciptaan skrip doa dan hajat atau permintaan. Setiap apa yang kita lakukan, kita lihat, kita alami, kita dengar & kita berinteraksi, semuanya akan ditukarkan menjadi suatu susunan naskah manuskrip yang menyatakan apakah sebenarnya kemahuan, kehendak atau permintaan kita. Itulah doa kita.

.

...lagi info

 

 

 Organon 3; Hukum Pengaturcaraan; Intelligence Cell

.

 

INTTELLIGENCE-CELL: Dari seluruh yang telah dibicarakan tadi, jelas bahawa satu-satunya komponen penting dan utama dalam diri manusia adalah HATI atau NUKLEUS yang mempunyai DNA.

.

DNA ini pula mempunyai keupayaan merakam data dan cerita kehidupan seseorang disamping ia bekerja menurun aturan manuskrip yang Allah telah sediakan sejak dari rahim ibu lagi (atas apa juga kehendakNya).

.

...lagi info

 

 

 Organon 4; Teknologi Ilmu & Hukum Pengaturcaraan

.

 

Nyatalah bahawa ilmu sahajalah yang menjelmakan keamanan. Selagi tidak muncul keamanan, maknanya manusia melakukan apa juga tanpa ILMU.

.

Keamanan tidak akan menjelma jika manusia ditenggelamkan dunia MAKLUMAT. Maklumat yang tidak ditukar menjadi ilmu tidak akan menghasilkan keamanan kepada dunia ini.
.
Keamanan adalah program atau susunan pengaturcaraan utama yang mendasari fitrah sesuatu makhluk yang bernama intelligence–cell. DNA sifatnya sebagai lingkaran biokimia dalam nukleus sel menerusi 46 pasang kromosom. Ia adalah pemegang dan penyimpan segala bentuk pengaturcaraan dan pengalaman yang diterima oleh manusia.

.

Ia juga penukar bahasa (linguistic) daripada bahasa pengalaman kehidupan semalam atau yang lepas kepada isyarat bahasa baru atau makna-makna bahasa baru yang dijadikan sebagai asas pengaturcaraan atau programming kepada bentuk tabiat dan gerak laku personaliti i-Cell berkenaan secara keseluruhannya.

.

...lagi info

 

 

 

 

 

Peta Laman  |  Hubungi Kami  | Pertanyaan; kamari@kamarika.com  |  Laman dibangunselia oleh AngahWeb Designer

Akademi Minda (Membina Generasi Agung) 2008 - 2009  |  Hakcipta Terpelihara

  Gunakan pelayar Mozilla Firefox untuk paparan terbaik laman ini