|
|

|
Kehidupan semua manusia
akan berlaku di atas aturcara yang
telah dipilih & disusun oleh
manusia itu sendiri.
.
Semua kejadian
yang berlaku atas apa juga yang mahu
dilakukan oleh manusia itu (berdasarkan apa
yang telah mereka aturcarakan/programkan
itu) pasti boleh
berlaku di atas kehendak dan kuasa Allah
s.w.t. jua.
|
.
Menggunakan kata-kata
lainnya: ....Kehidupan ini seumpama
penciptaan skrip doa dan hajat atau
permintaan. Setiap apa yang kita lakukan,
kita lihat, kita alami, kita dengar & kita
berinteraksi, semuanya akan ditukarkan
menjadi suatu susunan naskah manuskrip
yang menyatakan apakah sebenarnya
kemahuan, kehendak atau permintaan kita.
Itulah doa kita.
.
|
Manuskrip
itu kemudiannya menjadi program aturcara
kehidupan kita di masa akan datang dan
setiap aturcara itu akan memaksima
pembentukan struktur ikatan kod-kod skrip
biokimia setiap nukleus sel yang
kemudiannya memaksa sel berkenaan bertindak
dan beraksi selaras dengan susunan aturcara
skrip berkenaan.
.
Oleh kerana sel ini mampu
merakam dan mempengaruhi bentuk aksi dan
tindakannya di masa kehadapan, maka kita
perlu akui bahawa sel itu mempunyai otaknya
sendiri dan otak inilah yang bertindak
mengikut apa yang telah diprogramkan oleh
kita kepadanya.
|
|
 |
.
Oleh itu manusia amat
memerlukan suatu mekanisme pemprosesan
maklumat dalam sistem otak sedar dan juga
system luar sedarnya yang nantinya menolong
untuk menukarkan semua set maklumat yang
diterimanya dalam kehidupan ini menjadi
set-set ilmu yang selamat untuk disemadikan
sebagai ikatan kod biokimia DNAnya
nanti.
.
Dan pengaruhnya ialah
keamanan kepada setiap sel dirinya.
Mekanisme itu dinamakan sebagai otak yang
berenjinkan sistem
Teknologi Ilmu.
|