|
ILMU bermaksud;
terjelmanya sesuatu MAKNA atau ERTI
dari sesuatu MAKLUMAT.
.
MAKNA pula bermaksud; selangkah kemajuan
menuju kepada apa yang dicita-citakan atau
apa yang dimahukan.
.
APAKAH YANG
MANUSIA MAHUKAN ?; manusia sebenarnya
mahukan KEAMANAN.
.
APAKAH KEMAJUAN
YANG PALING MENJAMINKAN : manusia hanya
terjamin akan keamanannya bila seseorang
manusia itu melakukan apa juga yang ALLAH
telah tentukan dan arahkan.
.
Nyatalah bahawa
ilmu sahajalah yang menjelmakan keamanan.
Selagi tidak muncul keamanan, maknanya
manusia melakukan apa juga tanpa ILMU.
.
Keamanan tidak
akan menjelma jika manusia ditenggelamkan
dunia MAKLUMAT. Maklumat yang tidak ditukar
menjadi ilmu tidak akan menghasilkan
keamanan kepada dunia ini.
.
Keamanan adalah program atau susunan
pengaturcaraan utama yang mendasari fitrah
sesuatu makhluk yang bernama
intelligence–cell. DNA sifatnya sebagai
lingkaran biokimia dalam nukleus sel
menerusi 46 pasang kromosom. Ia adalah
pemegang dan penyimpan segala bentuk
pengaturcaraan dan pengalaman yang diterima
oleh manusia.
.
Ia juga penukar
bahasa (linguistic) daripada bahasa
pengalaman kehidupan semalam atau yang lepas
kepada isyarat bahasa baru atau makna-makna
bahasa baru yang dijadikan sebagai asas
pengaturcaraan atau programming
kepada bentuk tabiat dan gerak laku
personaliti i-Cell berkenaan secara
keseluruhannya.
.
|
Oleh itu, semua
pengaturcaraan asal yang disediakan
oleh
ALLAH s.w.t. yang amat sempurna ciptaanNya
adalah dalam proses persenyawaan ovum
dan sperma (ibu dan bapa). |
|

|
.
Tidak ada agenda
lain yang mahu dipamerkan oleh satu sel
dalam rahim ibu sehingga menjadi trilionan
sel dalam satu tubuh bayi dalam rahim ibu,
kecuali agenda atau program keamanan.
.
Anak kecil
menangis, juga ialah petanda ia mahu
keamanan. Bila dia diberikan keamanan (segala
keperluannya) maka anak itu akan tenang dan
diam. Dia menjadi aman.
|