|
KAMARIKA mula
diperkenalkan secara uji-cuba pada
tahun 1990 untuk sekumpulan kelasi kapal
dagang di
Akademi Laut Malaysia.
Impak dari formulasi sistem
pendidikannya telah melahirkan patriot
pelaut muda yang berani dan berakhlak. |
 |
Kumpulan kelasi kini menikmati
pendapatan lumayan dan sebahagiannya menjangkaui
5 angka gaji meskipun mereka adalah dari
kalangan pelajar yang sekadar memiliki tahap
pendidikan SRP/PMR. Sejak dari itu, perubahan
demi perubahan dilakukan dari impak demi impak dinikmati oleh beberapa syarikat seperti
MSE, JohorPort, PERSTIMA, FAMA, dan lainnya.
Ia telah dimulakan dengan tindakan dari Hukum
Pengaturcaraan ciptaan sistem KAMARIKA.
|
Pada tahun 1996,
kira-kira 6 bulan selepas pengeluaran
kereta ekonomi Kancil oleh PERODUA;
KAMARIKA mula memperkenalkan secara
bersepadu tindakan dari Hukum
Pengaturcaraan dan asas kepada
Teknologi Ilmu. |
 |
Impaknya sangat mengejutkan.
Sejak pengeluarannya, jumlah kereta tertinggi
dalam sebulan ialah 2,600 unit sebulan meningkat
kepada 5,000 unit sebulan pada bulan kedua dan
diikuti 7,000 unit sebulan pada bulan ketiga,
dan
9,000 unit sebulan pada bulan berikutnya.
Pada tahun 1997, Allahyarham
Tun Mohar dalam mesyuarat pemegang saham
PERODUA, beliau telah memutuskan agar
KAMARIKA dibawa ke peringkat sekolah sebagai
khidmat bakti masyarakatnya. Beliau meyakini
bahawa KAMARIKA menyuntik tenaga Mind Over
Matter menerusi Desire for Excellence
itu pasti mampu memberi impak istimewa kepada
masyarakat & pelajar di peringkat sekolah.
.
|
Peruntukan sejumlah RM
1 juta telah diluluskan dan beberapa
buah sekolah menengah dan rendah telah
mendapat manfaat.
Antaranya ialah
Sekolah Menengah Kangkung, Pasir Mas
telah menukar carta piramid biasa kepada
carta piramid terbalik dalam
pencapaian SPM mereka. Di saat inilah
Teknologi Ilmu telah diperkenalkan
secara begitu serius. |
 |
Sejak itu, penyelidikan mendalam
telah dijalankan atas pembiayaan sendiri dan
begitu banyak pihak telah mendapat kebaikan dari
KAMARIKA, tidak kiralah dalam sektor
pembangunan manusia, pengeluaran hasil dan mutu,
sampailah kepada perubahan sikap dan penyembuhan
dari beberapa penderitaan sakit kronik seperti
psikosoma, scizofrenia dan sebagainya.
|
KAMARIKA
juga
telah digunakan dalam pengurusan
Occupational Safety and Health (OSH)
di TNB Negeri Pahang dan Selangor
menerusi program BBSM (Behavioral
Based Safety Management).
Hasilnya, tingkahlaku
bahaya atau berisiko di tempat kerja
berubah kepada tingkahlaku yang cekap
mengurus risiko. |
 |
Dan melihat kepada kesan
BBSM telah diberikan kepercayaan oleh TNB untuk
diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi
kebaikan serta kebajikan kepada kakitangannya,
di samping mempertingkatkan produktiviti mereka.
Mutakhir
ini, Teknologi Ilmu Kamarika telah
dipraktis dalam pembangunan komuniti di empat
buah tanah rancangan FELDA di negeri Pahang
dengan adunan Pembangunan Komuniti Berasaskan
Aset atau ABCD (Asset Based Community
Development) selama 6 bulan.
Dalam membina sebuah komuniti yang sejahtera,
setiap ahli komuniti itu mempunyai aset
(tangible & intangible) yang boleh dioptimumkan
untuk membangunkan komuniti mereka dalam aspek
sosial, ekonomi, pendidikan dsb, melalui
permuafakatan JKKK, GPW, Belia, Rela, Koperasi,
Masjid, dll institusi yang wujud dalam komuniti.
.
Dengan keberhasilan
daripada kesan positif yang disemai oleh
KAMARIKA, ia diharap akan dapat diamal dan
dibudayakan oleh seluruh warga Malaysia melalui
institusi / organisasi mereka, dalam memastikan
kelancaran Malaysia dalam menuju sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
Kehendak kepada kecemerlangan ini adalah impian
seluruh warganya yang mahu melihat kejayaan demi
kejayaan diukir dari segenap individu, komuniti,
dan masyarakat.
KAMARIKA bukan
sahaja menekankan keberkesanan hasil dalam
bentuk kuantitatif, bahkan juga dalam kualitatif
iaitu perilaku dan
tabiat manusia. Hanya dengan KAMARIKA, ia boleh
membentuk akhlak seseorang individu, malah juga
membentuk akhlak organisasi yang mulia.
Pembentukan akhlak ini adalah dibina dengan
prinsip dan kaedah sistematik yang terkandung di
dalam
Organon Kamarika. |